Sunday, November 15, 2009

"SATU HATI" RAKAN NIAGA PETRONAS WILAYAH BARAT

Kursus "Satu Hati" Rakan Niaga Petronas Wilayah Barat.


Kursus ini diadakan pada 13-14 Nov 2009 di Excel Training & Country Resort, Lenggeng, N.sembilan yang dihadiri oleh pemilik-pemilik stesyen minyak petronas wilayah barat bersama pasangan masing-masing.


Prof Hj Hanim menyentuh dengan panjang lebar Rahsia Mengenal Kehebatan Diri dan Kecemerlangan Perniagaan serta Transformasi Diri Melalui Hubungan Kekeluargaan. Banyak rahsia dan teknik yang dikongsikan bagi menjadi OKB (Orang Kaya Beriman & Bertaqwa). Khazanah Allah terlalu banyak dan melimpah ruah untuk dikurniakan kepada sesiapa saja yang dikehendakinya. Justeru, tiada istilah perebutan kekayaan perlu wujud dalam diri kita kerana Allah itu MAHA KAYA dan kekayaan yang dikurniakan kepada sesiapa saja di atas mukabumi ini tidak akan mengurangkan walau sedikitpun khazanahNya. Pemahaman & Penghayatan tentang konsep "Laws Of Abundance vs Laws of Scarcity" akan menjadikan kita OKB yang sebenarnya.


Kajian terhadap faktor-faktor kejayaan jutawan dalam buku "Millionaire Mind" mengakui tentang pentingnya sokongan pasangan dalam membantu kejayaan seseorang individu. Sejarah juga menunjukkan bahawa Syariat Nabi & rasul yang mendapat sokongan isterinya kekal hingga ke hari ini seperti syariat Nabi Ibrahim. Salah satu Rukun Haji & Umrah ialah melakukan Sa'i dan Marwah. Sebaliknya syariat nabi yang tidak mendapat sokongan pasangannya tidak berkekalan, Nabi Nuh umpamanya telah berdakwah selama 930 tahun tetapi hanya yang beriman kepada Allah. Isteri dan anaknya menentang keras usaha dakwah yang dilaksanakannya.


Maulana Haji Husnul pula membincangkan tajuk Personaliti Muslim Dalam Perniagaan dan mengetuai sesi Qiamullail yang diadakan. Klimaks pengisian jiwa adalah manifestasi kesatuan hati yang hakiki.


Pn Rohani Hj Saad selaku speaker terakhir mengendalikan sesi rumusan keseluruhan dan rangka tindakan bagi merealisasikan kesatuan hati.