KURSUS MOTIVASI KESERONOKAN BEKERJA DI INSTITUT PENYELIDIKAN PERUBATAN (IMR), KL.
Kursus Motivasi Keseronokan Bekerja diadakan di IMR pada 26 & 27 Oktober 2009. Y.Bhg Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah selaku speaker pertama banyak menyentuh kepada konsep mengenali diri secara lebih mendalam supaya akhirnya kita memahami hakikat sebenar kehidupan kita. Kata Hukama "Man 'Arafa Nafsahu, 'Arafa Rabbahu" yang bermaksud barangsiapa yang benar-benar mengenali dirinya, akan mengenali siapa penciptanya. Bahkan orang yang benar-benar mengenali dirinya akan tahu apakah kekuatan dan pati diri yang perlu diransang agar kehebatan dirinya terserlah bahkan dimanfaatkan sepenuhnya. Asas kepada keseronokan dalam hidup samada di tempat kerja, di rumah atau di mana saja adalah terletak kepada bagaimana individu itu mengatur perjalanan hidupnya. Seterusnya Dato' juga menyentuh tentang apakah ciri-ciri insan cemerlang dan petua untuk lebih seronok di tempat kerja.
Prof Hj Hanim Tahir sebagai speaker kedua banyak menyentuh mengenai komunikasi dan hubungan kemanusiaan yang berkesan agar lebih seronok bekerja. Ini kerana kajian yang dilakukan oleh Peter Drucker mendapati 50% daripada masalah pengurusan adalah berpunca daripada komunikasi.
Prof Hj Hanim Tahir sebagai speaker kedua banyak menyentuh mengenai komunikasi dan hubungan kemanusiaan yang berkesan agar lebih seronok bekerja. Ini kerana kajian yang dilakukan oleh Peter Drucker mendapati 50% daripada masalah pengurusan adalah berpunca daripada komunikasi.
Pn Rohani Hj Saad mengendalikan sesi terakhir pada hari kedua lebih menfokuskan kepada rumusan keseluruhan dan ransangan untuk melakukan perubahan selepas tamat mengikuti kursus yang diadakan. Kursus berakhir dengan setiap peserta membuat komitmen untuk melaksanakan perubahan diri yang dirancangkan. Imam Al-Ghazali berkata "Ceramah motivasi yang berapi-rapi mampu membakar semangat diri tetapi diumpakan seperti hujan lebat di waktu malam yang menyebabkan esoknya bumi basah atau banjir tetapi amalan berterusan yang dilakukan walaupun sedikit diumpamakan seperti setitis air yang menimpa seketul batu secara berterusan, akhirnya batu kerus akan berlekuk dan mampu menampung air".
KURUS MOTIVASI KESERONOKAN BEKERJA BERSAMA JABATAN KAWALAN PENYAKIT, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Kursus Motivasi Keseronokan Bekerja ini diadakan di Excel Training & Country Resorts, Lenggeng, Negeri Sembilan pada 23-25 Oktober 2009
Pn Rohani Hj Saad sebagai speaker pertama lebih menfokuskan kepada 'mind setting' peserta kursus serta analisis diri untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri agar kelemahan dapat diatasi dan kekuatan diserlahkan lagi.
Y.Bhg Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah selaku speaker kedua menumpukan perbincangan kepada membetul dan memantapkan rutin fitrah serta berkongsi tentang petua dan teknik untuk lebih seronok bekerja dan dalam kehidupan seharian.
Sesi seterusnya dikendalikan oleh En Ebit Erawan yang mengendalikan bengkel keseronokan bekerja. Bengkel ini lebih kepada sesi bedah siasat untuk mengenalpasti apakah kelemahan atau kekurangan yang ada serta usaha-usaha untuk mengatasinya. Kursus berakhir dengan sesi perkongsian oleh En Ahmad Faizal yang menyentuh mengenai komunikasi dan hubungan kemanusiaan.
KURSUS MOTIVASI KESERONOKAN BEKERJA BERSAMA PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN, UKM
Kursus ini diadakan pada 11-12 Nov 2009 di Bangunan Wawasan, Pusat Kembangan Pendidikan UKM.
Y.Bhg Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah bertindak sebagai speaker pertama manakala Pn Rohani Hj Saad sebagai speaker kedua.
Renungan:-
"Hidup ini terlalu singkat...berusahalah menjadikan setiap hari yang kita lalui BERMAKNA, BERHARGA dan BERGUNA. Dunia sentiasa berputar...malam bertukar siang...dan siang berganti malam...cepatnya masa berlalu, usia meningkat, dari hari ke sehari kita lalui...tetapi adakah AMAL kita juga bertambah seiring dengan pertambahan usia. Sewaktu kanak-kanak kita bersih dan suci...tiada titik-titik noda dan dosa, namun apabila usia meningkat sepatutnya diri menjadi lebih suci kerana akal semakin matang tetapi malangnya kita tewas dengan godaan nafsu sendiri".
No comments:
Post a Comment